Powered by Blogger.

(VIDEO): Kejam! Punca Sebenar Wanita Mengandung Dibelasah

(VIDEO): Apa Yang Terjadi Kepada Wanita Ini Mengejutkan Orang Ramai!!




SEORANG wanita yang sedang sarat mengandung telah diikat di sebuah tiang serta dibelasah oleh penduduk di perkampungan Zhejiang, China kerana mencuri.
Wanita berusia 28 tahun itu dikatakan telah mencuri wang sebanyak RM600 di dalam sebuah rumah di situ hujung bulan lalu.
Menurut laporan media tempatan, wanita terbabit telah memulangkan semula wang berkenaan dan penduduk di situ memutuskan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya serta membuat laporan polis kerana keadaannya yang sarat mengandung.
Walau bagaimanapun, keputusan penduduk di situ berubah selepas wanita itu kembali 10 hari kemudian dan bertindak menjatuhkan hukuman dengan cara mereka sendiri.
Wanita malang itu diikat di sebuah tiang besar dengan tangannya di belakang dan penduduk di situ mula memukul, menendang serta menamparnya sehingga pengsan.
Video yang mula viral di sana itu telah mendapat perhatian pihak polis. Individu yang bertanggungjawab memukul serta membelasah wanita itu ditahan selama 8 hari dan dikenakan saman sebanyak RM200.
Lihat Video dibawah:
Sememangnya cara penduduk di situ perlu dikecam dan dikenakan tindakan sewajarnya kerana menghukum wanita mengandung tersebut tanpa belas kasihan walaupun dia dikatakan telah melakukan jenayah. – 
Oleh: Pitt


>>>Saksikan video di SINI (amaran, 18 tahun keatas sahaja)



Artikel Menarik:

0 Komentar untuk "(VIDEO): Kejam! Punca Sebenar Wanita Mengandung Dibelasah"

Back To Top