Powered by Blogger.

Akhirnya TerBongkar!!: Dokumen Percutian Jamil Khir Didedahkan...Menteri Bertopeng Islam....Sebarkan






KUALA LUMPUR 13 NOV: Menteri Hal Ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom didakwa membelanjakan RM410,978.56 dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) untuk kegunaan isterinya dan rombongan beliau ke Amerika.
Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional (NOW), Akmal Nasir mendakwa, wang tersebut sepatutnya digunakan untuk amal jariah anak yatim dan miskin.
Menurut Akmal, mengikut dokumen diperolehi NOW, Jamil Khir bersama isteri, Datin Seri Fatmawati Saidin dan rombongannya bersama seorang lagi individu, Cik Biby Haslinda telah melawati bandar Washington D.C, Minnesota dan Lowa selama sembilan hari, bagi tempoh perjalanan 21 Mei 2014 hingga 29 Mei 2014.

Katanya, walaupun perjalanan tersebut dikatakan untuk tujuan ‘Pemantapan dan Pemerkasaan Kelab Santun YaPEIM’, namun berdasarkan perbelanjaan yang dicaj dan dibayar oleh YaPEIM adalah bersifat bersuka ria dan langsung tiada unsur amal jariah.
“Didakwa pembiayaan tersebut diambil dari Yayasan Pembangunan Anak Yatim atau miskin (PEMANGKIN), merupakan institusi di bawah YaPEIM. Dana tersebut sepatutnya diberikan khusus untuk kegunaan bagi bantuan anak yatim dan miskin.“YaPEIM dikatakan telah membuat pembayaran tersebut untuk Jamil Khir bermain golf, jamuan keraian VVIP, jamuan keraian menteri, cenderahati menteri dan pergi ke pusatmembeli belah barangan berjenama dinamakan ‘upscale Oulet’, selama empat hari dengan kos pengangkutan mencecah RM5,908.35.

“Seperti yang kita maklum, Datuk Siti Zaleha Hussin dan Datuk Abdul Malek Awang Kechil merupakan individu yang terbabit dalam skandal tersebut, mereka juga merupakan Presiden serta Timbalan Presiden dan Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah YaPEIM yang dilantik oleh Jamil Khir sendiri,” katanya pada sidang media di pejabat NOW, di sini, hari ini.
NOW mendesak siasatan menyeluruh dijalankan, dengan menyemak dan mengaudit setiap perbelanjaan yayasan tersebut dan institusi-institusi di bawahnya kerana rakyat terutama pencarum berhak mengetahuinya.
“Siasatan ini perlu untuk mengesan jumlah wang yang hilang akibat ketirisan, kebocoran dan salah guna kedudukan.

“NOW juga menuntut Jamil Khir, Zaleha dan Awang Kechil yang dikaitkan dalam skandal ini memohon maaf secara terbuka dan memulangkan kembali setiap sen yang diambil dari YaPEIM termasuk gaji, elaun dan juga perbelanjaan ke luar negara,” tegas Akmal.
Akmal pada sidang media Isnin lalu mendedahkan, dana YaPEIM berjumlah RM223,000 didakwa disalahguna semasa kempen Pilihan raya Kecil Rompin April lalu.
Beliau mendakwa, dana itu dikatakan bagi membiayai program berkaitan Usrah dan Ziarah Daerah Rompin. Namun wang itu akhirnya diserahkan kepada Zaleha yang juga merupakan Ketua Wanita Umno Bahagian di Kelantan.

YaPEIM ditubuhkan kerajaan pada 1976 dengan berteraskan kepada konsep amal jariah. Ia merupakan institusi khas di bawah Perdana Menteri dan mendapat perhatian khusus daripada Jamil Khir selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri.



sumber: www.lupikirlasendiri.com


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI 

DAN SINI atau SINI

Rakaman CCTV Lengkap DI SINI


   

baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...




Artikel Menarik:






0 Komentar untuk "Akhirnya TerBongkar!!: Dokumen Percutian Jamil Khir Didedahkan...Menteri Bertopeng Islam....Sebarkan"

Back To Top