Powered by Blogger.

Insiden Video Viral Anggota Polis Marah Pengadu : IPD Subang Jaya Keluar Kenyataan






Subang Jaya, 16 Mac - Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya telah mengeluarkan satu kenyataan hari ini berikutan insiden seorang anggota polis trafik wanita yang memarahi pengadu yang viral baru-baru ini.

Kenyataan terbabit mengesahkan kejadian itu benar-benar terjadi pada 13 Mac yang lalu.

"Pihak ibu pejabat polis Subang Jaya mengesahkan bahawa ianya telah berlaku pada 13/03/2016 (Ahad) jam lebih kurang 6.00 petang bertempat di kaunter pejabat pertanyaan trafik ibu pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Selangor", tulis kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, sementara siasatan dijalankan, arahan pertukaran dalaman terhadap pegawai itu telah dibuat dengan serta merta.

"Sementara siasatan sedang dijalankan, arahan pertukaran dalaman terhadap anggota polis wanita telah dibuat dengan serta merta (tugas pentadbiran) dan tidak lagi berurusan di barisan hadapan.

"Ketua Polis Daerah Subang Jaya telah memberi jaminan bahawa siasatan dalaman akan menyiasat dari segala aspek sebelum membuat keputusan selanjutnya.", kata kenyataan itu. -

Bagaimanapun, berdasarkan apa yang polis itu bercakap menerusi rakaman tersebut, dipercayai pengadu telah memulakan provokasi dengan mengatakan pegawai berkenaanStupid. — Siakapkeli.my





BACA ARTIKEL PENUH DI SINI 

DAN SINI atau SINI

Rakaman CCTV Lengkap DI SINI


   

baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...




Artikel Menarik:






0 Komentar untuk "Insiden Video Viral Anggota Polis Marah Pengadu : IPD Subang Jaya Keluar Kenyataan"

Back To Top