Video Doktor Serang Pemandu Uber Menjadi Viral Di Media
Sosial.
LOS ANGELES: Seorang doktor warga India sebuah hospital di
sini dipecat selepas videonya sedang menyerang seorang
pemandu Uber di Miami menjadi viral. Anjali Ramkissoon, 30,
direhatkan sejak video itu tersebar pada Januari.
Beliau dilaporkan dalam keadaan mabuk ketika insiden
berlaku. Namun, menurut kenyataan jurucakap Jackson Health.
System, Ramkissoon sudah dipecat.
"Jackson Health System dengan ini bertindak menamatkan
perkhidmatan doktor residen kami, Dr Anjali Ramkissoon.
Beliau masih berpeluang membuat rayuan,"
The Miami Herald
memetik kenyataan itu sebagai berkata.
Ketika kejadian, doktor neurologi selama empat tahun di
hospital itu dirakam cuba menyerang dan mencakar seorang
pemandu.
Dia kemudian masuk ke dalam kenderaan lelaki itu membaling
objek keluar kereta sambil menjerit dan menyumpah seranah
sambil memaksa lelaki berkenaan menghantarnya pulang
tanpa membuat sebarang tempahan.
Pemandu itu sebaliknya enggan dikenali dan tidak mengambil
tindakan undang-undang. Ramkissoon kemudian meminta
maaf atas kejadian itu.
Video insiden berkenaan mendapat lebih tujuh juta tontonan
dan mencetus kemarahan serta kontroversi.
LIHAT VIDEO DIBAWAH:
BACA SELANJUTNYA & LIHAT GAMBAR
DI SINI
baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...
Artikel Menarik:
0 Komentar untuk "(VIDEO): Gadis Mengamuk!! Video Doktor Serang Gadis Sesuatu Yang Berlaku!!"