Powered by Blogger.

Gempar!!Kejadian Ngeri Berlaku Kepada Kumpulan Zero

(VIDEO): Apa Yang Terjadi Kepada Wanita Ini Mengejutkan Orang Ramai!!


Sehari Sebelum Ramadhan, Rumah Kediaman Zero Hangus Terbakar


“Malang tidak berbau” bagi pelawak terkenal kumpulan Zero apabila kediaman mereka di Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah hangus terbakar. Kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin.
Menerusi mStar Online, pengurusnya Shafeeqa Johari ketika dihubungi berkata, kejadian tersebut berpunca daripada baju yang terbakar daripada sebuah rumah lalu merebak ke rumah lain.
Menurutnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan,Alhamdulillah tiada yang tercedera dalam kejadian itu tetapi semua barang-barang musnah akibat kejadian itu.
Tambahnya ketika kejadian Syaiful dalam perjalanan pulang ke kampung untuk melawat keluarganya sebelum mendapat tahu tentang kebakaran tersebut.
Manakala abang dan adiknya, Atu dan Sharif berada di ibu negara dan bergegas pulang ke Kudat apabila dimaklumkan tentang kejadian itu.Mereka dalam keadaan terkejut apabila Syaiful memberitahu tentang kebakaran itu dan meminta saya segera membeli tiket penerbangan pulang.
Sementara itu, Shafeeqa berkata, Zero bersama penduduk kampung yang lain kini sedang giat mendapatkan bantuan daripada orang ramai untuk meringkan beban 69 keluarga terlibat.
Ini dugaan besar buat mereka semua dan saya bagi pihak Zero mengalu-alukan sumbangan dan bantuan daripada orang ramai memandangkan Ramadan akan tiba esok (Khamis). Alhamdulillah setakat ini ramai menghulurkan bantuan termasuk rakan-rakan artis dan pihak kami akan terbang ke Sabah pada Isnin ini untuk menghantar barangan tersebut
Zero yang dianggotai Sahrif Kadil Doli Sahrif, Mohammad Syaiful Doli Sahrif dan Sharif Kunal Doli Sahrif itu adalah juara program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)
Menerusi kemenangan tersebut mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500,000.Bantuan boleh disalurkan melalui Persatuan Komuniti Bajau Simunul Kudat menerusi akaun Bank Simpanan Nasional: 12125-41-00006963-6.
Peminat di Semenanjung Malaysia yang ingin memberi bantuan barangan pula boleh menghubungi Shafeeqa di talian 017-721 0491.

>>>Saksikan video di SINI (amaran, 18 tahun keatas sahaja)



Artikel Menarik:

0 Komentar untuk "Gempar!!Kejadian Ngeri Berlaku Kepada Kumpulan Zero"

Back To Top