Powered by Blogger.

(video ): Kejam!!.. Bayi Berkedut Dibuang Ibu Bapa Sendiri

(VIDEO): Apa Yang Terjadi Kepada Wanita Ini Mengejutkan Orang Ramai!!




>>>Saksikan video di SINI (amaran, 18 tahun keatas sahaja)

INDIA – Malang menimpa bayi yang tidak berdosa ini apabila ibu bapanya enggan menerimanya selepas ia dilahirkan tidak cukup bulan manakala kulitnya pula berkedut.
Bayi perempuan yang baru berusia dua minggu itu yang dilahirkan ketika ibunya mengandung tujuh bulan, hanya mempunyai berat 800 gram.
Disebabkan keadaan kulitnya yang berkedut itu, ibunya,Mamata Dode, 25, enggan menyusukannya dan langsung tidak melawatnya di hospital manakala bapanya, Ajay Dode, juga 25 tahun, turut enggan menerima anak mereka.
Ia memaksa datuknya, Dilip Dode, 25, membawa bayi itu ke hospital di Mumbai, iaitu kira-kira 138 kilometer dari kampung di mana bayi yang masih belum dinamakan itu dilahirkan.
Sebelum itu, Dilip terpaksa memberi cucunya minum susu kambing melalui sudu selama dua minggu sebelum bayi itu dibawa ke hospital.
“Saya gembira kerana hospital ini memberikan rawatan percuma kepada cucu saya. Ia amat menyedihkan apabila ibu bapanya enggan menerima anak mereka sendiri tetapi saya akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan nyawanya,’’ kata Dilip.
Dilip yang bekerja sebagai buruh berkata, anak lelaki dan menantunya sebelum ini menanti kelahiran seorang bayi yang sihat, sama seperti anak mereka yang kini sudah berusia tiga tahun.
Namun mereka terkejut apabila melihat keadaan bayi berkenaan yang berbeza daripada bayi biasa.
“Selepas dilahirkan, keadaan bayi yang berkedut ini tersebar ke seluruh kampung malah rumah kami menjadi tumpuan. Setelah menyaksikan bayi tersebut, mereka melarikan diri dan tiada siapa berani menyentuhnya kerana menyangka bayi ini membawa penyakit,’’ katanya.
Dilip bagaimanapun berharap agar cucunya akan sembuh dan dapat hidup secara normal seperti individu lain kelak. – 

Lihat video dibawah:

Komen


Artikel Menarik:

0 Komentar untuk "(video ): Kejam!!.. Bayi Berkedut Dibuang Ibu Bapa Sendiri"

Back To Top