Powered by Blogger.

Terkini!! Pesawat Terhempas Di Kawasan Perumahan Awam

(VIDEO): Apa Yang Terjadi Kepada Wanita Ini Mengejutkan Orang Ramai!!




MEDAN — Pesawat Hercules C130 milik Angkatan Udara Tentera Negara Indonesia (TNI) dilaporkan terhempas di kawasan perumahan awam di Jalan Jamin Ginting, Medan hari ini.
Punca pesawat terbabit terhempas dan berapa ramai mangsa korban terlibat masih belum dapat dipastikan buat masa sekarang kerana operasi menyelamat sedang berjalan.
1330317jersey-bunda10780x390
Difahamkan beberapa saat selepas berlepas dari Lapangan Terbang Bandara Suwondo Medan, juruterbang pesawat malang itu sempat memohon untuk kembali mendarat atau “rerurn to base” (RTB) kepada menara pengawal.
Permintaan ini biasanya dilakukan apabila juruterbang mengesan terdapat masalah pada pesawat.
Bagaimanapun sejurus berbuat demikian pesawat yang dalam perjalanan dari Suwondo-Tanjung Pinang itu melencong ke kanan sebelum terhempas.
Menurut seorang saksi, pesawat itu dilihat menjunam sebelum terhempas di kawasan perumahan berhampiran. –

Pesawat pengangkut tentera Indonesia dilapor terhempas di kawasan perumahan dan hotel di Medan, Sumatera, mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang. Pegawai pasukan pencari dan penyelamat republik itu Hisar Turnip memberitahu Reuters bahawa operasi masih berjalan dan angkanya mungkin akan bertambah daripada masa ke semasa. 


Jurucakap tentera Fuad Basya berkata terdapat 12 anggota, termasuk juruterbang, berada dalam pesawat jenis C-130 Hercules itu. Ketika laporan ini ditulis, baru lima mayat ditemui. Saluran televisyen tempatan menyiarkan kejadian kebakaran yang menyaksikan asap hitam memenuhi kawasan nahas. Menurut Jaringan Keselamatan Penerbangan, sudah 10 nahas maut melibatkan pesawat tentera dan polis dicatat dalam tempoh sepuluh tahun ini.




>>>Saksikan video di SINI (amaran, 18 tahun keatas sahaja)



Artikel Menarik:

0 Komentar untuk "Terkini!! Pesawat Terhempas Di Kawasan Perumahan Awam"

Back To Top