Powered by Blogger.

Pendedahan Mengejutkan Malim Gunung Ketika Di Singapura




Saluran TV Singapura menampilkan malim gunung Sabah


Published at Semut Harian in 5 hours

FOKUS: Keberanian malim gunung Sabah yang menggadaikan nyawa mereka untuk menyelamatkan mangsa gempa bumi yang menggemparkan Gunung Kinabalu pada 5 Jun lalu akan disiarkan dalam sebuah dokumentari khas oleh Channel NewsAsia (CNA) minggu depan.

Walaupun tragedi itu berlaku di Malaysia, sehingga kini masih belum ada saluran telivisyen Malaysia yang dilihat berusaha untuk menonjolkan tindakan berani malim-malim gunung ini.

Sebaliknya, krew daripada CNA, agensi dan saluran berita telivisyen kabel di Singapura telah meluangkan masa beberapa hari di Gunung Kinabalu dan kampung-kampung di kaki gunung tersebut sejak bencana alam semulajadi itu, merakam persekitaran dan mengadakan temubual untuk disiarkan.

Dokumentari tersebut, “Heart of Courage: The Sabah Guides”, dijangka akan disiarkan pada 23 Jun, 8.30 malam, akan meneroka kehidupan malim-malim gunung ini yang menggadaikan nyawa mereka menyelamatkan para pelajar dan guru warga Singapura.

Sejumlah 187 pendaki berada di atas gunung tersebut apabila gempa bumi berlaku pada jam 7.15 pagi, mengakibatkan 137 orang daripada mereka, terutama yang berada berhampiran puncak terperangkap kerana laluan yang tersedia dihalang oleh laluan yang tersekat kerana runtuhan batu-bata, menjadikan perjalanan turun mereka hampir mustahil.

Apabila operasi mencari dan menyelamat berakhir beberapa hari kemudian, seramai 18 orang pendaki maut, termasuk empat malim gunung warganegara Malaysia yang menemui ajal sewaktu melindungi pendaki dibawah jagaan mereka- Robbi Sapinggi, Valerian Joannes, Ricky Masirin dan Joseph Solungin.

Sepuluh yang maut ialah rakyat Singapura, tujuh murid semuda umur 12 tahun dan dua orang guru, Terrence Sebastian Loo dan Mohammad Ghazi Mohamed, daripada Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS). Bersama mereka ialah malim gunung yang menemani mereka sepanjang pendakian itu yang merupakan program latihan kepimpinan.

24 orang murid dan lapan orang guru daripada sekolah itu dipecahkan kepada pasukan yang lebih kecil pada jam 6.45 pagi sebelum memulakan pendakian pagi itu melalui laluan ‘Walk the Torq’ melalui Via Ferrata, laluan berbatu di gunung itu yang meliputi siri titian, susur dan kabel di permukaan berbatu.

Via Ferrata di Gunung Kinabalu pada ketinggi 3,776 meter di atas paras laut , diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai via ferrata tertinggi di dunia. Via ferrata, perkataan Itali yang bermaksud ‘jalan besi’, ialah laluan pendakian tepian gunung yang banyak terdapat di Banjaran Alps dan lain-lain tempat.

Dua pasukan TKPS terakhir masih belum memulakan perjalanan sewaktu gempa bumi itu berlaku berjaya dibawa turun ke tempat selamat pada hari yang sama. Kematian dan kecederaan berlaku kepada pasukan yang memulakan perjalanan lebih awal.


Filem dokumentari CNA itu menampilkan Rizuan Kauhinin, 25, dan dua lagi malim gunung, Simon Gohinmin dan Mazlee Liong, yang diiktiraf membawa mangsa dan pelajar TKPS El Wafeeq El Jauzy yang cedera turun daripada gunung selepas kejadian gempa dalam suasana yang kelam kabut dan tidak menentu.

Wafeeq, yang sedang menerima rawatan di hospital di Singapura, berkata yang dia mahu berjumpa dengan malim yang menyelamatkannya, tanpanya dia pasti tidak dapat diselamatkan. Rizuan pada mulanya teragak-agak untuk bertemu, memberitahu yang bukan hanya dia seorang yang menyelamatkan Wafeeq tetapi terdapat tiga orang lagi malim yang terlibat.

“Saya berjumpa dengan budak lelaki itu bersama dua orang malim gunung yang sangat kepenatan. Saya memberikan dia minuman dan makanan, dan mula membawanya turun (ke tempat masuk Layang Layang). Dari Layang Layang, saya dan rakan meletakkan budak itu di pengusung dan membawanya turun sehingga ke Timpohon Gate (pintu masuk laluan gunung),” dia memberitahu CNA.

Dia hanya bersetuju untuk pertemuan itu sekiranya Channel NewsAsia juga mengaturkan malim gunung lain untuk menemaninya; permintaan yang terus dipersetujui.

Apabila ahli produksi CNA kali pertama bertemu Rizuan di rumahnya di Kampung Lobong Lobong, kampung di kaki gunung itu, dia nampak sangat kepenatan. Dia juga nampaknya berhati-hati dengan media, yang menurut sepupunya Julaimin Kamin kerana permintaan temubual yang tidak putus-putus daripada media.

Walaupun diangkat sebagai “wira”, Rizuan kekal rendah diri, membantu krew kamera menyusun kerusi untuk temubual. Dia juga menjadi cukup selesa sehingga berkongsi cerita peribadi tentang dirinya, seperti kenyataan yang dia masih belum mempunyai teman wanita dan dia menyukai rambut panjang paras bahunya.

Dia juga mengimbau pengalaman membawa turun Wafeeq daripada Gunung Kinabalu. “Batu-batu masih jatuh ketika saya membawa dia turun,” katanya. “Tetapi saya hanya fikirkan keselamatan budak itu. Jika saya mati kerananya, biarlah.”

Tiga orang malim gunung dari Sabah itu, pertama kali keluar negara, sampai di Singapura pada petang 15 Jun. Mereka tidak sabar untuk berjumpa dengan Wafeeq, dan seorang lagi rakan sekolah yang diselamatkan- Arnaav Karan Chabria yang berusia 11 tahun yang juga cedera disebabkan gempa bumi itu.

“Mereka menghargai peluang itu,” kata penerbit CNA Yan Zixin, yang menghabiskan masa lima hari dengan malim gunung itu untuk mempelajari kehidupan mereka sebagai malim gunung sebagai sebahagian kandungan dokumentari akan datang, ‘Heart of Courage’.

Di lapangan terbang Changi, ketiga-tiga mereka daripada Sabah itu diserbu oleh orang ramai, kakitangan syarikat penerbangan dan lapangan terbang untuk bergambar kenangan.



>>>Saksikan video di SINI (amaran, 18 tahun keatas sahaja)



Artikel Menarik:

0 Komentar untuk "Pendedahan Mengejutkan Malim Gunung Ketika Di Singapura "

Back To Top