Powered by Blogger.

SABAH : Rumah Malim Gunung Abdul Hasinin Kasim Musnah Akibat Tanah Runtuh

(VIDEO): Apa Yang Terjadi Kepada Wanita Ini Mengejutkan Orang Ramai!!


Berita sabah

Sumber Artikel : http://suarasabah.com/2015/06/rumah-malim-gunung-abdul-hasinin-kasim/#ixzz3e5GuGnIl 
UPDATE INFO, BERITA & ADUAN MASYARAKAT SABAH 
Rumah Malim gunung Abdul Hasinin Kasim Musnah Akibat Tanah Runtuh mengharap Bantuan
Malim Gunung Abdul Hasinin Kasim masih menunggu bantuan dari kerajaan dan orang ramai dan hanya menggunakan apa yang masih ada di rumahnya.
Memetik Sumber SABAHTIMES, beliau berkata sejak gempa bumi pada 5 Jun, dia juga dipanggil untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki- pendaki gunung yang terperangkap di puncak Gunung Kinabalu .
“Kira-kira 90 orang kami malim gunung dan sukarelawan dari Kg Mesilou terlibat dalam misi SAR sehingga semua pendaki dan mayat di bawah turun,” kata Hasinin ketika mengingati tragedi itu.
Beliau fikir semuanya sudah berakhir meskipun terdapat gegaran yang masih dirasai di Ranau dan Kundasang tetapi dia juga belum bersedia dengan berita yang menimpanya pada 17 Jun.
“Pada 15 Jun, apabila banjir lumpur berlaku semua kami berpindah dari kampung kerana bimbang lumpur, kayu balak dan batu akan memusnahkan rumah kami. “Apa yang disangkanya itu benar terjadi apabila bahagian tepi rumah musnah. Keadaan sungai semakin membesar dan tebing terhakis dan jambatan musnah.
“Kami terpaksa tinggal di rumah kakak ipar, yang mempunyai homestay di Kumpung Cinta Mata pada 17 Jun, dan ketika itu kami diberitahu rumah kami musnah akibat tanah runtuh akibat banjir lumpur yang melanda. “Bahagian belakang rumah saya juga terjatuh dan semua barang-barang kami juga turut jatuh ke dalam sungai. “Kami tidak dapat menyelamatkan apa-apa dari rumah itu kerana ianya amat berbahaya untuk masuk ke rumah,” katanya sambil menambah malah dia tidak dapat membawa dokumen penting apabila dia bersama keluarganya berpindah pada 15 Jun.
Sumber Artikel : http://suarasabah.com/2015/06/rumah-malim-gunung-abdul-hasinin-kasim/#ixzz3e5IAlVqb 
UPDATE INFO, BERITA & ADUAN MASYARAKAT SABAH 
Hasinin, bersama isteirnya Jewita Japi dan tujuh orang anak mereka sekarang kini tinggal dalam kebimbangan dan kini hanya menerima bantuan dan ehsan kakak iparnya.
“Kami ada menerima sedikit bantuan dari Ahli Parlimen Ranau, Datuk Ewon Ebin untuk menampung keperluan harian kami untuk satu atau dua bulan saja.
“Persatuan Malim Gunung juga memberikan kami bantuan tetapi juga tidak mencukupi untuk membolehkan kami membina semula rumah kami,” katanya.
“Kami berharap ada pihak yang akan membantu membina semula rumah kami,” kata Hasinin, di samping isterinya yang kelihatan mengalirkan air mata di belakangnya.
Hasinin, yang kini tidak bekerja ekoran penutupan Gunung Kinabalu untuk aktiviti pendakian kini mengharapkan bantuan dari kerajaan atau mana-mana individu atau pertubuhan yang boleh membantu membina semula rumahnya.
“Buat masa ini kami hanya perlu menunggu. Kehidupan perlu diteruskan. Saya mempunyai tujuh orang anak, empat lelaki dan tiga perempuan dengan yang bongsu berumur empat tahun dan yang sulung berumur 19 tahun.
“Lima dari mereka masih bersekolah,” katanya sekiranya ada bantuan untuk rumahnya, bapa mertuanya telah bersetuju untuk menyediakan tanah di Kg Cinta Mata untuk membolehkannya membina semula rumahnya.
Katanya beliau juga ada membuat permintaan kepada kerajaan dan pihak berkuasa lain untuk membantu mereka mendirikan semula rumahnya.


Sumber Artikel :


>>>Saksikan video di SINI (amaran, 18 tahun keatas sahaja)



Artikel Menarik:

0 Komentar untuk "SABAH : Rumah Malim Gunung Abdul Hasinin Kasim Musnah Akibat Tanah Runtuh"

Back To Top