(VIDEO): Apa Yang Terjadi Kepada Wanita Ini Mengejutkan Orang Ramai!!

Kuala Kubu : Tertekan tindakan teman wanita yang menggesa
untuk berkahwin, seorang guru agama menikam teman wanita
berusia 34 tahun sehingga mati di hadapan sekolah tempatnya
mengajar Bagaimanapun lelaki itu berjaya ditahan di rumahnya di Jalan
Songket 4, Taman bukit Bujang, selepas beberapa jam kejadian
selepas mayat Nur Salina Nazir ditemui di dalam kereta Proton
Wira berwarna kelabu miliknya pada pukul 9 pagi Rabu.
Nur Salina yang mempunyai empat orang anak ditemui mati dengan
tujuh tikaman di badannnya berada di bahagian pemandu dalam
kereta tersebut.
Keretanya berada di parkir Sekolah Rendah Agama Kuala kubu Baru
dengan keadaan pintu di bahagian penumpang terbuka.
Mangsa ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu dan
terus melaporkan kepada pihak berkuasa.
Dilaporkan sebelum ini, kedua-dua mereka bertengkar selepas
mangsa meminta lelaki itu mengahwininya.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Sup R. Supramaniam
mengesahkan menerima insiden ini dan berkata kes diklafikasikan
di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Mangsa ditikam empat kali di dada, dua di paha dan satu di
lengan kiri.
"Barang-barang peribadi mangsa juga hilang. Kami sedang mencari
senjata yang digunakan.
"Suspek juga turut mengaku menikam mangsa." katanya.
Nur Salina meninggalkan empat orang anak termasuk tiga
perempuan dan seorang lelaki berusia 7 hingga 14 tahun. -
Mstar,BH,HM
>>>Saksikan video di SINI (amaran, 18 tahun keatas sahaja)
Artikel Menarik:
0 Komentar untuk "Kejam!! Tertekan Di Ajak Kahwin Ustaz Tikam Teman Wanita"