(VIDEO): Apa Yang Terjadi Kepada Wanita Ini Mengejutkan Orang Ramai!!
Kehendak skrip, menjiwai dan menghayati watak selain membuktikan keberanian diri mencuba sesuatu yang baru, akhirnya mendorong pelakon menggadaikan maruah serta perasaan malu apabila sanggup membelakangi norma masyarakat dan memperjudikan hukum agama sekalipun memberi alasan ia dilakukan atas tujuan kerja mahupun nilai estetika sesebuah karya itu. Jom kali ini kita selongkar antara artis yang menayangkan tubuh mereka di dalam filem bagi menjayakan watak yang dilakonkan..!!
1. Nabila Huda

2. Filem Bohsia – Jangan Pilih Jalan Hitam ini mengetengahkan unsur-unsur gejala negatif seperti mat rempit,
bohsia, salah guna dadah dan seks luar nikah, maka dikenakan klasifikasi 18PL (penonton berusia bawah 18
tahun dilarang menonton atas sebab unsur ganas, seks, dan kebudayaan). Terdapat adegan Nabila Huda
dirogol oleh Mat Rempit setelah kecewa dengan kekasihnya yang curang.
3. Remy Ishak

Remy Ishak menjadi buah mulut orang ramai apabila membintangi cerita pendek”Comolot” yang
memaparkan aksi mandi Remy Ishak bersama pasangan songsangnya tetapi, sedang asyik dibuai asmara,
pasangan songsang itu kantoi apabila teman wanita Remy Ishak menerjah masuk ke dalam tandas..

4. Zizan Raja Lawak

Zizan melucutkan pakaian towel yang dipakai bagi memenuhi tuntutan skrip berbogel apabila melihat
pocong di dalam Filem Hantu Bonceng yang kontroversi itu. Cerita Hantu Bonceng mengisahkan Amran
seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu
perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan.
Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port,
mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.
5. Ana Dahlia

Pelakon baru yang meningkat naik menerusi drama Nora Elena ini memberitahu dia juga pernah
mendedahkan tubuh untuk filem lakonannya berjudul Mantra. Gambar yang mendedahkan belakang Ana
Dahlia itu yang dijadikan poster filem Mantra walaupun menjadi kontroversi, Ana mengakui tindakan berani
itu sekadar memenuhi watak yang dibawakannya.
6. Arja Lee

Bagi pelakon filem Songsang, Anu dalam botol ini pula, Arja Lee semakin popular apabila aksi bogelnya
untuk salah satu adegan dalam filem tersebut mendapat kritikan. Namun bagi pelakon baru ni, dia
menganggap itu tindakan beraninya bagi menyampaikan mesej positif sesuai dengan mesej yang ingin
disampaikan oleh filem. Pada mulanya saya diberi Seluar dalam warna kulit dan apabila air dan buih sabun
mula mengalir di seluruh badan, keadaan menjadi tidak selesa. Akhirnya saya meminta kebenaran
daripada pengarah untuk mandi bogel dan dia bersetuju dengan permintaan saya ituggambaran itu
dilakukan dari sudut tepi dan Benda itu “Alat Sulit” saya tak nampak.
7. Fasha Sandha

Fasha Sandha kembali menyengat dalam sebuah filem Prof Madya A. Razak Mohaideen dalam sebuah filem
seram berjudul Skrip 7707. Kali ini, Fasha Sandha dengan berani matinya berkemban dalam satu scene di
mana Fasha Sandha mandi di perigi yang hanya didindingi oleh daun kelapa. Realitinya, memang orang
kampung dulu-dulu mandi berkemban, tidak macam orang zaman sekarang yang kebanyakannya tidak
menutup badan ketika mandi.
8. Maya Karin

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu,
ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak
berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Di
situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’
Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam
itu.
9. Nurul Ain

Artis baru, Nurul Ain yang kini hangat diperkatakan dan mencetuskan kontroversi di dada akhbar dan
internet apabila gambarnya yang mendedahkan bahagian belakang tubuhnya untuk adegan sebuah filem
berjudul “Suatu Malam Kubur Berasap” tersebar luas di internet.Menurut Nurul Ain, gambar itu sepatutnya
tidak tersebar kerana dalam persetujuan, gambar tersebut perlu diedit terlebih dahulu sebelum digunakan
bagi tujuan promosi. Malah dia juga meminta maaf jika gambar tersebut menyinggung perasaan manamana
pihak.
10. Zul Handy Black

Lakonan Zul di dalam filem Mantra memaksa Zul berbogel selepas salah satu adegan menuntut ilmu
hitam.Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri
sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh
Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan
seumur hidup. KISAH benar melibatkan pengamal ilmu hitam dan ajaran sesat di Bandung, Indonesia
diterjemahkan secara mendalam dalam Mantra. Ejaan bagi judul filem tersebut juga sengaja dikekalkan
kerana perahan idea dan jalan cerita berasal dari tanah seberang.
>>>Saksikan video di SINI (amaran, 18 tahun keatas sahaja)
Artikel Menarik:
0 Komentar untuk "Tindakan Berani Artis Malaysia Yang Menggemparkan Orang Ramai!!"