Powered by Blogger.

Rakaman CCTV!! Benarkah Apa Yang Dikatakan Lelaki Ini. Curi Telefon??

(VIDEO): Apa Yang Terjadi Kepada Wanita Ini Mengejutkan Orang Ramai!!


Rakaman CCTV lelaki didakwa curi telefon
Berita: Visual rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar di media sosial mendakwa lelaki yang mence...



Pihak berkuasa meminta peniaga di Plaza Low Yat menghentikan operasi mereka lebih awal malam ini selepas kira-kira 200 orang, sebahagiannya dikatakan dari kumpulan hak Melayu Pekida, berkumpul di luar bangunan itu menyuarakan "ketidakpuasanhati" mereka berhubung satu pergaduhan yang berlaku semalam.
Premis perniagaan diminta tutup seawal jam 9 malam ini, dengan polis mengepung kawasan itu bagi menghalang kumpulan itu daripada cuba memasuki bangunan.

BETUL KE APA YG LELAKI NI KATAKAN??..LIHAT VIDEO DIBAWAH...







lihat rakaman sebenar cctv dibawah:




Difahamkan yang kumpulan itu berkumpul di hadapan bangunan itu kira-kira pukul 6 petang dan bilangannya menjadi semakin ramai pada pukul 8.45 malam, tanpa mempedulikan amaran polis yang melarang mereka membuat spekulasi mengenai kes itu kerana ia masih dalam siasatan.
Seorang pemerhati mengambil gambar yang menunjukkan orang ramai berkumpul di luar bangunan itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad mengumumkan, pergaduhan malam tadi tidak bermotifkan perkauman tetapi semata-mata satu tindakan membalas dendam oleh sekumpulan belia yang tidak berpuas hati kerana salah seorang rakan mereka ditahan kerana didakwa mencuri telefon bimbit.


Salah seorang daripada mereka yang dipercayai wakil kumpulan itu, kedengaran memberitahu orang ramai yang perhimpunan itu ialah mengenai menuntut keadilan.
"Kami mahu keadilan dan kesaksamaan, kami mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedar apa yang berlaku semalam," katanya.
Insiden yang berlaku pada jam 7.50 petang Sabtu menjadi viral di laman rangkaian sosial, dengan ramai yang membuat kesimpulan ia bermotifkan perkauman.
Posting di media sosial juga menyatakan, lelaki yang kini berada dalam tahanan polis kerana didakwa mencuri sebelum itu ditipu apabila membeli telefon bimbit di sebuah kedai.
Lelaki itu didakwa merampas satu unit telefon bimbit dari jurujual selepas jurujual itu enggan menggantikan telefon bimbit yang dibelinya terlebih dahulu.
Sementara itu, polis berkata malam ini, orang ramai mula bersurai perlahan-lahan sekitar jam 10 malam selepas diarahkan meninggalkan kawasan itu.
"Mereka salah faham apa yang berlaku selepas membaca berita di media sosial. Pihak polis menasihatkan mereka dan ada yang menerima penjelasan itu tetapi terdapat juga beberapa orang yang masih tidak berpuas hati," kata satu sumber.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa yang berada di tempat kejadian, sekali lagi menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai apa yang berlaku dan membenarkan pihak polis menjalankan siasatan mereka.
"Kami akan menyiasat kedua-dua pihak secara menyeluruh tanpa berat sebelah," kata Tajuddin ketika ditemui malam ini.
Sementara itu, Zainuddin berkata, polis menahan seorang lelaki di kawasan tersebut, yang dilihat "cuba memprovokasi" orang ramai dengan sebatang kayu .
"Nasib baik tiada kerosakan dilakukan kepada premis itu. Kami berjaya mengawal orang ramai dan menghentikannya daripada semakin buruk dan menjadi di luar kawalan," katanya.
Setakat malam ini, polis KL menahan dua lagi suspek bagi membantu siasatan dalam kes pergaduhan malam tadi .
Mereka berdua dikatakan antara 7 yang mengamuk di kompleks itu selepas rakan mereka ditangkap kerana dituduh mencuri itu.



Untuk menjelaskan hal berkaitan seorang jurujual, See Ming Ho, 28, telah membuat satu laporan polis untuk menjelaskan kejadian sebenar namun laporan tersebut tidak memberi sebarang kesan sebalikknya kejadian pergaduhan semakin merebak sebelum berjaya dikawal oleh pihak polis.


Berdasarkan penerangan See Ming Ho, kejdian curi itu berlaku apabila ada seorang lelaki datang untuk membeli sebuah smartphone jenis Lenovo S860.



Ketika beliau sedang mengambil "free gift" seperti yang dijanjikan dia dapati lelaki berkenaan telah hilang bersama telefon berkenaan kira-kira jam 5.30 petang.


"Saya jerit dan didengari oleh staff Oppo yang kemudiannya menghalang suspek daripada keluar dari bangunan", jelas See Ming Ho.



Bagaimanpun telefon berkenaan tidak dijumpai bersama suspek dan dipercayai telah terjatuh semasa melarikan diri.



Menurut See Ming Ho lagi dia terus pergi ke Balai Polis Dang Wangi untuk membuat laporan apabila diliaht terlalu ramai salah faham kerana penyebaran video yang disebar di laman sosial di mana mereka menuduh kedai Oppo menjual telefon palsu adalah tidak benar.

"Mereka hanya membantu saya menangkap lelaki itu. Dia mencuri dari kedai saya (Lenovo)", jelas See Ming Ho.



Memetik laporan New Strait Times, satu siasatan terperinci sudah dilakukan di mana pihak polis sudah menilai semua rakaman CCTV dan mendapati terdapat rakaman suspek sedang membuat perbincangan dengan penjula telefon berkenaan sebelum suspek cuba melarikan diri ketika penjual tersebut tidak melihatnya.



Sehingga kini insiden pergaduhan tersebut telah berjaya dikawal dan pihak polis menasihatkan orang awam supaya berhenti mempercayai khabar-khabar angin yang beredar di laman sosial mengenai kejadian ini.



Polis turut membuka dua kertas siasatan melibatkan seksyen 147 kanun keseksaan kerana merusuh. Siasatan juga dibuat di bawah seksyen 379 kanun keseksaan berkaitan kesalahan merusuh dan mencuri. — Siakapkeli.my



0 Komentar untuk "Rakaman CCTV!! Benarkah Apa Yang Dikatakan Lelaki Ini. Curi Telefon??"

Back To Top