Powered by Blogger.

Kejam!! Ibu Potong Bayi 8 Kerat

(VIDEO): Apa Yang Terjadi Kepada Wanita Ini Mengejutkan Orang Ramai!!



BARU-baru ini Malaysia digemparkan dengan penemuan mayat bayi yang dikerat kepada lapan bahagian dalam tangki septik tandas di Kampung Manggol, Jitra, Kedah.
Berita menyayat hati itu ternyata mengundang amarah netizen termasuk seorang pakar perubatan yang menyifatkan suspek sebagai binatang.
“Ikutkan hati, saya mahu pergi wad dan tampar saja wanita itu. Tapi atas sikap profesional, saya batalkan niat itu,” kata Pakar Perunding Perubatan Reproduktif, Jabatan Obstetriks & Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Murizah Mohd Zain.
Menurut laporan polis, bayi malang itu dikerat menggunakan objek tajam di bahagian kepala, dada hadapan, bahagian belakang, abdomen bawah, kaki kanan dan kiri serta tangan kanan dan kiri.
Berikutan itu, suspek yang merupakan ibu mangsa kini telah direman dan sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah kerana mengalami pendarahan pada rahim.
Tambah Dr Murizah, dia tidak boleh membayangkan bagaimana seorang manusia dapat bertindak sekejam itu.
“Apa yang dilakukan wanita itu amat kejam, lebih teruk daripada binatang.
“Tindakan wanita tersebut sudah melampaui batas kebinatangan kerana binatang pun tidak akan melakukan perkara seperti itu ke atas insan yang lahir dari rahimnya.
“Jika betul dia waras ketika melakukannya, maka saya menyeru supaya dia dihukum dengan hukuman berat supaya menjadi pengajaran kepada yang lain,” ujarnya.
Suspek berusia 31 tahun dilaporkan tidak bekerja dan masih belum berkahwin.
Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Oleh: FARAH
Sumber: Ismaweb.net

KAWASAN belakang rumah yang menjadi lokasi bayi dikerat lapan di Kampung Manggol, Mukim Malau, Jitra. (Foto Danial Noordin, Berita Harian)

ALOR SETAR – Polis telah menemukan senjata tajam yang digunakan oleh suspek wanita untuk memotong bayi perempuannya kepada lapan bahagian dalam kejadian yang berlaku di Kampung Manggol, Jitra.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abdul Rahim Abdullah berkata sebilah pisau pemotong sayur berukuran 20cm ditemui dalam bekas polisterin berwarna putih dalam bilik mandi rumah datuk suspek kira-kira 6.15 petang semalam.
Beliau berkata suspek yang dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini telah membawa anggota polis ke tempat kejadian dengan menunjukkan senjata yang digunakannya itu.
“Polis telah merampas pisau itu untuk dijadikan barang kes,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Katanya suspek yang belum berkahwin itu telah dibebaskan dengan jaminan polis pada petang semalam sementara menunggu laporan DNA bayi.
Abdul Rahim berkata laporan penyiasatan lengkap akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk dituduh di Mahkamah Jitra mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali akan dikenakan.
Pada 7 Julai lepas, seorang wanita berusia 31 tahun ditahan berikutan penemuan beberapa bahagian bayi yang baru dilahirkan di dalam tangki tandas rumah datuknya. – BERNAMA




>>>Saksikan video di SINI (amaran, 18 tahun keatas sahaja)



Artikel Menarik:

0 Komentar untuk "Kejam!! Ibu Potong Bayi 8 Kerat"

Back To Top