Powered by Blogger.

VIDEO: Biadap! Budak Lelaki 4 Tahun Dipaksa Minum Arak

(VIDEO): Apa Yang Terjadi Kepada Wanita Ini Mengejutkan Orang Ramai!!


Four-year-old-was-forced-to-drink-beer (1)

VIDEO seorang budak lelaki yang baru berusia 4 tahun dipaksa meminum minuman keras atau arak telah viral di kalangan pengguna media sosial.
Budak itu dipercayai telah dipaksa oleh sekumpulan lelaki yang ‘bersorak’ memberi galakan kepadanya untuk meneguk arak di dalam cawan plastik itu.
Four-year-old-was-forced-to-drink-beer (1)
Kejadian tersebut berlaku di Tamil Nadu, Selatan India, pada 30 Jun lalu dan kumpulan itu berjaya dikesan melalui nombor pendaftaran motosikal yang terdapat dalam video viral itu.
Menurut Inspektor T Rajasekar Subramaniam, dua suspek yang terlibat dalam perbuatan keji dan terkutuk itu telah ditahan dan sedang memburu 3 lagi suspek termasuk bapa saudara budak malang itu yang kini menghilangkan diri.
“Mereka akan dikenakan denda kerana melarikan serta mendera kanak-kanak dan patut dihukum dengan sewajarnya. Ini merupakan kes serius,” katanya.
Walaubagaimanapun, masyarakat di sana digemparkan lagi dengan sebuah video yang hampir sama yang memaksa budak lelaki lain untuk melakukan perkara yang sama.
Orang ramai menggesa pihak polis mengambil tindakan yang sama terhadap individu yang tidak bertanggungjawab itu. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
Oleh: Syfq Akhir

>>>Saksikan video di SINI (amaran, 18 tahun keatas sahaja)



Artikel Menarik:

0 Komentar untuk "VIDEO: Biadap! Budak Lelaki 4 Tahun Dipaksa Minum Arak"

Back To Top