(VIDEO): Apa Yang Terjadi Kepada Wanita Ini Mengejutkan Orang Ramai!!
Dengan suasana Hari Raya masih lagi meriah, kami yakin pasti terdapat banyak 'rumah terbuka' yang dihadiri oleh anda semua.
Satu perkara biasa selain makanan yang lazat dan enak ketika hari raya ialah sesi fotografi bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.
Bercakap mengenai sesi mengambil gambar, jika anda mempunyai anak kecil , cerita ini boleh dijadikan sebagai peringatan buat anda semua dan orang sekeliling anda untuk lebih prihatin apabila mengambil gambar bayi.
Difahamkan, seorang bayi lelaki berusia tiga bulan di China baru-baru ini telah mengalami buta sebelah mata selepas mereka terlupa untuk mematikan flash kamera ketika mengambil gambar bayi tersebut.
Perasan sesuatu yang tidak kena pada penglihatan anak mereka selepas gambar itu diambil, ibu bapa bayi tersebut membawanya berjumpa doktor.
Seperti yang dilaporkan oleh People’s Daily Online, doktor berkata kanak-kanak itu mengalami kekurangan penglihatan di mata kiri dan mata kanannya menjadi buta kerana flash yang kuat dari kamera yang berjarak lebih kurang 10 inci dari bayi tersebut
Sel pada mata bayi tersebut telah rosak. Ia tidak boleh diperbaiki dan pembedahan juga tidak mampu untuk mengembalikan penglihatan bayi tersebut.
Jadi, jika anda tidak mahu anak anda untuk berkongsi nasib yang sama seperti bayi ini, harus lah kita sedar bahawa bayi sangat sensitif terhadap cahaya yang kuat.
Juga ambil perhatian bahawa, walaupun mata bayi masih ditutup semasa flash dari kamera menyala, pakar mendakwa walaupun milisaat mata mereka terdedah kepada cahaya yang terang, itu sudah cukup untuk menyebabkan kerosakan yang ketara.
Jangan lupa kongsi cerita ini pada rakan-rakan dan keluarga anda.
>>>Saksikan video di SINI (amaran, 18 tahun keatas sahaja)
Artikel Menarik:
0 Komentar untuk "Mesti Baca!! Bayi Ini Menderita Seumur Hidup Kerana Flash Dari Camera??"