Powered by Blogger.

Hanya Kerana Minum Dalam Kelas, Murid Tahun 3 Berbirat Kena Rotan

(VIDEO): Apa Yang Terjadi Kepada Wanita Ini Mengejutkan Orang Ramai!!




TINDAKAN seorang murid tahun tiga di sebuah sekolah minum air di dalam kelas telah mengundang perit apabila dia dirotan oleh guru pendidikan jasmaninya sehingga meninggalkan kesan lebam di bahagian punggung dan tapak tangan.
Kejadian malang tersebut dilaporkan berlaku pada 1 Julai lalu di sebuah sekolah di Kulaijaya, Johor.
Memetik laporan Sinar Harian, bapa kepada kanak-kaak tersebut, Saw Say Wei, 38, menyifatkan hukuman yang dijatuhkan individu tersebut terhadap anaknya sebagai melampau.

Susulan itu, Say Wei yang bekerja sebagai Pengurus Kejuruteraan di Singapura telah mendapatkan penjelasan dari Guru Besar serta pihak pengurusan sekolah selain turut merujuk kes berkenaan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan membuat laporan polis.

Dalam pada itu, Pengarah Pendidikan Johor, Aminuddin Adam mengesahkan tentang kejadian itu dan mengakui guru terbabit telah dipindahkan ke PPD Kulaijaya.
“Berdasarkan maklumat yang kita perolehi dari PPD Kulai benar insiden ini berlaku. Kes ini turut dirujuk kepada pihak Lembaga Tindakan Tatatertib Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tindakan lanjut.
“Guru berkenaan juga telah dikeluarkan daripada sekolah terbabit dan kini ditempatkan di PPD Kulaijaya. Berhubung dengan insiden itu pihak kementerian yang akan membuat keputusan mengenai tindakan yang akan dikenakan.”
Ujarnya lagi, sehingga kini, pihaknya masih belum menerima surat perletakan jawatan dari guru terbabit.
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Hukuman Rotan Bagi Peminum Arak

Komen


>>>Saksikan video di SINI (amaran, 18 tahun keatas sahaja)



Artikel Menarik:

0 Komentar untuk "Hanya Kerana Minum Dalam Kelas, Murid Tahun 3 Berbirat Kena Rotan"

Back To Top