PADAH!! AKIBAT LEKA MAIN 'WHATSAPP', LEHER ISTERI DIIKAT RANTAI BESI SUAMI

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kangar pada Jumaat kerana merantai
leher isterinya dengan rantai besi kerana leka menggunakan aplikasi WhatsApp.
Menurut laporanSinar Harian, Mohd Hamdan Ahmad, 32, yang merupakan seorang penganggurdituduh
melakukan kesalahan itu pada 19 Februari lalu di rumah mereka di Kampung Tok Kuning.
Rantai leher isteri kerana leka main WhatsApp, lelaki mengaku tidak bersalah
Menurut kertas pertuduhan, Mohd Hamdan melilit leher isterinya, Junifawin Dasari dengan rantai besi
pada jam 10 pagi kerana terlalu leka bermain WhatsApp sehingga mengabaikan kerja rumah.
Bagaimanapun, Junifawin berjaya melarikan diri ke balai polis dengan rantai besi masih di lehernya
untuk membuat laporan.
Pasangan itu telah empat tahun berkahwin dan memperoleh dua orang anak.
Mohd Hamdan didakwa mengikut Seksyen 342 kanun keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh
dipenjara sehingga setahun.
Pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Mohd Izni Ibrahim.
Mohd Izni menetapkan jaminan RM5,500 dengan seorang penjamin.
Kes ditangguh bagi memberi masa Mohd Hamdan melantik peguam bela.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...
Artikel Menarik:
0 Komentar untuk "GEMPAR!! PADAH!! AKIBAT LEKA MAIN 'WHATSAPP', LEHER ISTERI DIIKAT RANTAI BESI SUAMI"