Powered by Blogger.

Terbongkar!! Bukti Kekayaan Tidak Sah Nazri dan Keluarga...Sebarkan!!







Rafizi Ramli mendedahkan bahawa anak kepada Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, iaitu Nedim Nazri Aziz mendapat manfaat daripada Michael Chia melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.
“Kereta mewah Hummer WNX 9776 ini bernilai RM459,000 dimiliki oleh Michael Chia, dan ini boleh disahkan melalui carian saman di laman web MyEG,” kata Rafizi (gambar) dalam sidang medianya di Parlimen hari ini.
Pengarah strategi PKR berkata, jawapan di dalam Parlimen oleh Nazri yang mempertahankan individu-individu yang disabitkan dengan skandal wang Umno Sabah menimbulkan banyak tanda tanya.
“PKR mempunyai bukti bahawa kaum keluarga Nazri menerima manfaat terus dari Chia, iaitu individu utama yang dituduh dalam skandal RM40 juta.
Rafizi mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa keluarga Nazri menerima manfaat dari Michael Chia, yang terlibat dengan kes penyeludupan wang kepada ketua menteri Sabah, Datuk Musa Aman.
Menurut Rafizi, kenderaan tersebut sering berada di tempat meletak kereta di Clearwater Residence, Damansara Heights iaitu kediaman Nedim.
Image result for nazri aziz anak
“Pemantauan kami bahawa Hummer WNX 9776 dipandu oleh pemandu peribadi Nedim Nazri Aziz.
“Rutin harian kenderaan tersebut banyak berkisar antara Clearwater Residence dengan Bangsar Shopping Complex, di mana Nedim dan isterinya memiliki premis di situ.
“Melalui gambar-gambar pemantauan di lobi Clearwater Residence jelas membuktikan bahawa kenderaan itu berulang alik dari Clearwater Residence dan dipandu oleh pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz,” kata Rafizi lagi.
Menurut Rafizi, beliau membuktikan Nedim tinggal di Clearwater Residence dengan gambar-gambar Twitter dan Instagramnya yang sama dengan gambar-gambar di laman web Clearwater Residence.
Selain itu, beliau membuktikan kenderaan Hummer itu digunakan oleh keluarga Nedim apabila isteri Nedim, Bee Khan menghantar gambar pada Instagram dan Twitternya.
Gambar kenderaan Toyota Vellfire yang dikatakan milik isterinya juga dipandu oleh pemandu peribadi Nedim dan berulang alik ke Clearwater Residence.
“PKR mempunyai bukti-bukti yang cukup membuktikan bahawa Nedim, anak kepada Datuk Seri Nazri Aziz telah mendapat manfaat melalui penggunaan kereta mewah Hummer WNX 9776 milik Michael Chia.
“Dalam keadaan Michael Chia disiasat oleh SPRM, dan Datuk Seri Nazri Aziz bertanggungjawab terhadap SPRM, kenyataan Nazri yang mempertahankan Chia bermati-matian sudah pasti menimbulkan perselisihan kepentingan.
“Ini sudah cukup menimbulkan keraguan bahawa ada unsur-unsur rasuah di antara Datuk Seri Nazri Aziz melindungi Michael Chia melalui kenyataan beliau kerana si tertuduh membiayai kenderaan mewah yang digunakan oleh anak beliau.
“PKR mengalu-alukan maklumbalas beliau yang sebelum ini gah mempertahankan Michael Chia sebelum kami mengambil tindakan yang selanjutnya.
“Beliau harus sedar bahawa penafian membabi-buta kononnya beliau tidak tahu menahu mengenai urusan peribadi anaknya tidak boleh diterima rakyat,” kata Rafizi lagi.





sumber:http://suarakamiibaru.blogspot.my/


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI 

DAN SINI atau SINI

Rakaman CCTV Lengkap DI SINI


   

baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...




Artikel Menarik:






0 Komentar untuk "Terbongkar!! Bukti Kekayaan Tidak Sah Nazri dan Keluarga...Sebarkan!!"

Back To Top