Powered by Blogger.

Pendedahan Berani Pemimpin Ini"Kita Tak Perlukan Pekerja Warga Bangladesh!!.."Saya Akan Buktikan Perkara Sebenar.."








SABAH tidak memerlukan pekerja Bangladesh untuk mengisi permintaan dalam industri perladangan di sini, kata Menteri Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Siringan Gubat.
Datuk Siringan Gubat
Datuk Siringan Gubat
“Saya tidak ingat sama ada isu tertentu ini telah dibincangkan dalam Kabinet atau tidak, tetapi cadangan ini bukanlah sesuatu yang baru. Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot juga menyatakan sebelum ini bahawa Sarawak juga memerlukan kira-kira 20,000 tenaga kerja asing dari Bangladesh.
“Tetapi ini adalah satu cadangan yang masih belum dilaksanakan. Dan kita di Sabah, kerana ia adalah keputusan yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan, terpaksa menerima dasar ini. Walaupun mungkin tidak ada keperluan bagi Bangladesh untuk datang ke Sabah.
“Kita mempunyai sumber yang cukup di sini untuk bekerja di ladang-ladang, terutamanya mereka yang datang dari Indonesia. Terdapat juga pekerja tanpa izin yang bekerja di ladang-ladang. Jadi, jika kita mahu membawa masuk lebih banyak (pekerja) daripada Bangladesh, maka pada masa akan datang bilangan pendatang tanpa izin akan meningkatkan lagi. Masalah ini pasti akan timbul,” katanya.
Siringan, yang juga Wakil Rakyat Paginatan, berkata setakat ini, beliau tidak fikir ada apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri untuk bersetuju untuk mengambil pekerja Bangladesh ke Sabah.
Dalam pada itu, beliau juga menggesa belia Sabah untuk mengambil apa-apa peluang untuk bekerja di pelbagai jabatan, terutamanya dalam industri perladangan di Sabah, bagi menghadkan keperluan pekerja asing di negeri ini.
“Salah satu sebab mengapa kerajaan memutuskan untuk membawa masuk pekerja Bangladesh ke Malaysia adalah kerana ada keperluan untuk mereka berada di sini kerana penduduk tempatan tidak terlalu berminat untuk bekerja dalam industri perladangan.
“Di Sabah, kita tahu ini sebagai fakta. Ramai warga asing yang bekerja di sektor perladangan kerana mereka lebih sabar, tekun, rajin dan bersedia untuk menghadapi cabaran dalam pekerjaan mereka.
“Penduduk tempatan di negeri masih lagi berada dalam kehidupan yang selesa. Kebanyakan penduduk tempatan merasakan bahawa ianya tidak mengapa walaupun mereka tidak keluar bekerja di ladang- ladang, yang kebanyakannya terletak di Pantai Timur.
Menurut Siringan, ramai yang masih memilih pekerjaan, sehinggakan, walaupun terdapat banyak penduduk tempatan yang bekerja dalam industri perladangan, tetapi permintaan untuk tenaga kerja adalah lebih besar, oleh itu adanya keperluan untuk mengambil pekerjaan warga asing.
Dah Teruk Sangat Rosak Tu..!

Heboh apabila tersebar gambar seorang pekerja warga asing mirip muka IGP..! Lelaki Bangladesh tersebut yang bernama Md Raton Choukidar merupakan seorang pekerja di sebuah Restoran Nasi Ayam sejak lima tahun lalu.

Itu baru seorang Bangla..! Bagaimana dengan penambahan 1.5 Juta Bangla yang bakal dibaa masuk??? Agak agak mirip muka siapa pulak?

Baca surat ni...


System? kenapa perlu sistem untuk memproses jumlah yang terlalu besar? Apa perlunya sampai 1.5 Juta? Apa pekerjaan yang menanti mereka? Sektor mana yang begitu parah hingga terpaksa mengimport sebegitu ramai Bangla? Ada statistik? Mana?

Atau ada pihak yang sedang mengira untuk mengaut untung..! menerima laba hingga tidak langsung mengambil kira masaalah ekonomi dan sosial rakyat yang terpaksa 'bersaing' dan 'hidup bersama' rakyat asing..!

Hampir 7 Juta orang..! 1/4 rakyat dalam negara ini adalah warga asing..! setiap 4 orang dari kita sebelahnya pasti warga asing..! Bau jangan cakap ler..!

Lepas tu diberitakan pulak...

Kebanjiran pendatang asing bukan sahaja memberi kesan sosioekonomi di Malaysia malah turut menjejaskan kesihatan dan keselamatan negara.
Data Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) memperlihatkan nisbah 10 daripada 100 pekerja asing yang disaring menghidap penyakit berbahaya seperti batuk kering (Tuberkulosis/Tibi), Hepatitis B dan AIDS.
Ketua Pegawai Eksekutif FOMEMA Datuk Mohd Hatar Ismail menjelaskan masih ada pekerja asing yang gagal dalam pemeriksaan kesihatan walaupun setelah menjalani saringan kesihatan di negara asal.
"Ini baharu yang sah. Cuba bayangkan pekerja asing yang memang tidak ada permit, berapa ramai yang dijangkiti," katanya kepada Bernama.
Statistik Fomema menunjukkan hanya 1.2 juta pekerja asing di Malaysia mengambil pemeriksaan kesihatan setiap tahun.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dilaporkan berkata terdapat hampir tujuh juta pekerja asing di negara ini, termasuk pendatang haram.
Mohd Hatar berkata kes penyakit berbahaya yang paling tinggi di khalayak pekerja asing adalah Tibi, diikuti Hepatitis B dan AIDS.
"Penyakit Tibi boleh merebak melalui udara dan mereka (pekerja asing) gemar menaiki pengangkutan awam seperti bas dan tren," katanya.

Mirip muka kalau tak menyamar macam 'baiya' kat atas ni takper la..! Kalau menyamar dan membuat jenayah? Lagi pun Bangla kat atas ni betul betul bekerja sebagai pekerja asing yang sah..! Yang PATI macam mana?

Apa sebenarnya yang berada didalam benak pemikiran pemimpin kita dalam menangani isu ini? Rakyat didahulukan atau rakyat asing yang diutamakan?

Apa sebenarnya agenda besar pembentukan negara sekarang ni? Apakah peranan yang dilakukan oleh agensi terbabit dalam mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing? 

Setiap tahun ada setengah juta pelajar lepasan SPM..! Takkan semua masuk Universiti..! Mana hasil pelatih MLVK..! mana hasil pelatih di Institut Kemahiran dan Vokasional? Mana itu? mana ini? pelatih ke letih??? duit habih..!

Nak jadi apa negara kita ni? pemimpin perlu terus memerah otak sementara rakyat juga perlu bijak..! Bijak dalam mengambil peluang dan ruang..! 

Satu hal lagi...


Rosak dah lelaki dalam negara ni nampaknya..! 

Rakyat sudah sedia rosak manakala pemimpin rosak lagi merosakkan..!

Tak gitu?

Lu Fikir La Sendiri!!!




Sumber Artikel Ini : http://suarasabah.





BACA ARTIKEL PENUH DI SINI 

DAN SINI

Rakaman CCTV Lengkap DI SINI


   

baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...




Artikel Menarik:






0 Komentar untuk "Pendedahan Berani Pemimpin Ini"Kita Tak Perlukan Pekerja Warga Bangladesh!!.."Saya Akan Buktikan Perkara Sebenar..""

Back To Top