


Hati wanita mana tidak terguris apabila melihat suami sedang berasmara dengan anak kandungnya
di dapur rumah ketika dia baru pulang dari hospital selepas menjalani rawatan pembedahan kerana
mengandung di luar rahim.
Biarpun kejadian itu dua tahun berlalu, situasi ibarat ‘bermadu dengan anak sendiri’ menyebabkan dia
yang mahu dikenali sebagai Azie amat kecewa kerana hatinya disakiti dua insan paling disayangi.
Azie, 30-an berkata, hidupnya tidak menentu selepas melihat perbuatan bekas suaminya yang
mengambil kesempatan terhadap anak tiri.
Menurutnya, anak gadisnya yang ketika itu berusia 15 tahun anak sulung hasil perkongsian hidup
dengan suami pertama yang dikahwini pada 1994 sebelum bercerai lima tahun kemudian.
“Hasil perkahwinan itu, saya dikurniakan dua anak. Seorang lagi anak lelaki yang kini berusia 13
tahun. Selepas bercerai, kedua-dua anak itu dijaga nenek mereka di pantai timur,” katanya.
Menurutnya, selepas tiga tahun menjanda, hatinya ditambat seorang lelaki berusia 40-an dan mereka
melangsungkan perkahwinan pada 2002.
“Perkahwinan kali kedua ini pada awalnya bahagia dan kami mendapat dua anak masing-masing
seorang lelaki yang kini berusia lapan tahun dan perempuan berusia lima tahun.
“Namun, kebahagiaan itu mula tergugat sedikit demi sedikit selepas saya mengambil dua anak
dengan suami dulu tinggal dengan kami di ibu kota,” katanya. Menurutnya, ketika anak gadisnya
berusia 13 tahun, dia sudah mula mencurigai sikap suami yang seolah-olah cuba mengambil
kesempatan terhadap anaknya itu.
“Saya pernah terserempak suami yang berada dalam bilik anak dan dia cuba meraba anak saya
yang ketika itu tidur.
“Bagaimanapun, ketika ditanya dia membuat alasan mahu menghalau nyamuk dan saya
mendiamkan diri kerana enggan bergaduh selain tidak mahu anak lain tahu,” katanya.
Menurutnya,
kejadian itu makin menjadi-jadi apabila anak gadisnya berusia 15 tahun dan pernah anaknya itu
demam teruk dan meminta dibawa ke klinik.
“Ketika dalam perjalanan ke klinik, baru anak saya menceritakan kejadian sebenar yang dia sudah
beberapa kali menjadi pemuas nafsu suami, namun tidak berani menceritakannya kepada sesiapa
kerana diugut bapa tirinya itu.
“Saya membawa anak saya ke balai polis untuk membuat laporan rogol kerana anak masih di bawah
umur,” katanya. Azie berkata, suami keduanya itu juga seorang yang panas baran dan suka
memukulnya dan anak-anak, namun hanya anak sulung yang dijadikan hamba seks itu tidak dipukul.
“Lebih mengecewakan apabila suami memukul dan memijak perut saya walaupun ketika itu saya
baru tiga hari selesai menjalani pembedahan kerana mengandung di luar rahim.
“Mungkin dia bertindak begitu kerana marah selepas saya ternampak dia berasmara dengan anak
ketika mereka di dapur,” katanya. Menurutnya, selepas kejadian itu, anak lelaki keduanya turut
menceritakan yang dia pernah terserempak kakaknya beberapa kali masuk ke bilik bapa tiri sebelum
keluar dua hingga tiga jam kemudian
“Bagaimanapun, anak saya itu tidak berani menceritakannya sebelum ini kerana takut dipukul suami
yang panas baran, malah dia pernah diseksa dengan diterbalikkan kepala ke bawah kerana
mengetahui hubungan bapa tiri dengan kakaknya itu.
“Selepas mendengar semua cerita dan mengetahui apa yang berlaku ditambah dengan apa yang
saya lihat, saya meminta cerai dan kami berpisah Ogos tahun lalu,” katanya. Bagaimanapun, Azie
kini buntu apabila anak gadisnya itu yang kini berusia 17 tahun menghilangkan diri sejak enam bulan
lalu dan dia syak kemungkinan bekas suaminya mengambil anaknya itu.
“Saya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak dan syak bekas suami
melarikannya kerana saya tahu dia bijak memujuk. “Tidak mustahil anak gadis saya mengikutnya
kerana dia masih mentah dan mudah termakan pujuk rayu bapa tirinya,” katanya.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
DAN SINI
baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...
Artikel Menarik:
0 Komentar untuk "VIDEO: AKHIR ZAMAN!!.! BAPA DURJANA!! Isteri Terkejut Melihat Suami Berasmara Dengan Anak Di Dapur!!??"