
Seorang bakal pengantin dir0g0l oleh seorang bomoh yang
ditemui untuk membantu memulihkan daranya.
Wanita berusia 22 tahun itu bertemu dengan bomoh berkenaan
kerana bimbang tunangnya mendapat tahu dirinya sudah tidak
mempunyai dara lagi.
Sebaliknya, bomoh berusia 53 tahun itu mengambil kesempatan
dengan bertindak mer0gol wanita tersebut.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid
Abdul Wahab berkata, mangsa merupakan seorang setiausaha dan
bakal berkahwin pada bulan ini.
Pada 27 Mac lalu, mangsa pergi mendapatkan bantuan seorang
bomoh di Semenyih bagi memulihkan daranya.
“Mangsa takut untuk berhadapan dengan malam pertamanya,
sekiranya bakal suami enggan bersama apabila mengetahui dia
pernah melakukan hubungan seks sebelum ini.
“Bomoh itu menawarkan tiga cara untuk memulihkan dara kepada
mangsa,” katanya kepada pemberita pada Isnin.
“Dia (bomoh) memberitahu kepada wanita tersebut boleh
menghantar video aksi ghairahnya, menyentuh badannya atau
melakukan hubungan seks,” katanya.
Mangsa memilih cara yang pertama.
“Wanita itu mengirimkan tiga video kepada bomoh terbabit.
Bagaimanapun, dia memilih cara kedua kerana tidak mahu
mengirimkan lagi video berkenaan.
“Mangsa bertemu suspek pada kira-kira pukul 7.20 malam pada
16 April lalu di sebuah pondok dekat Bukit Broga,” kata Abdul
Rashid.
Mangsa pada mulanya beranggapan bomoh itu hanya mahu
menyentuh badannya.
“Sebaliknya, bomoh itu mer0g0lnya,” katanya, sambil menambah
mangsa membuat laporan polis pada malam yang sama kejadian
berlaku.
Suspek turut ditahan pada hari yang sama.
“Siasatan mendedahkan bahawa mangsa telah membuat laporan
polis mengenai bomoh itu pada 27 Mac lalu, pada hari mereka
bertemu.
“Wanita itu mendakwa bomoh itu telah membacakan jampi
sambil memegang tangannya yang membuatkan dia bernafsu,”
katanya.
Bomoh itu direman sehingga Selasa dan disiasat kerana mer0g0l.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
DAN SINI
baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...
Artikel Menarik:
0 Komentar untuk "(SUNGGUH KURANG AJAR!!) LAGI KES ANAK GADIS JADI MANGSA BOMOH ‘PEMULIH DARA’ BUAT DAJAL"