Powered by Blogger.

Pendedahan Berani Seorang Gadis.."Saya Hisap Sejak Berumur 13 Tahun.."








Saya Hisap Sejak Berumur 13 Tahun|Rahsia remaja perempuam berusia 14 tahun dari Jalan Batu Danau terbongkar selepas ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Limbang dan didapati positif dadah jenis Amphetamine di sini petang kelmarin.
Remaja berkanan mengaku menghisap dadah jenis syabu dengan menghidu asap daripada dadah yang dibakar atas kertas timah sejak berusia 13 tahun akibat pengaruh rakan sebaya
Difahamkan, suspek tidak bersekolah atau bekerja terlibat dengan dadah jenis syabu tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan hasil siasatan awal mendapati, suspek tidak lagi bersekolah dan tidak bekerja itu mula terlibat dadah tahun lepas dan kali terakhir mengambil dadah baru-baru ini.
“Suspek juga mengaku menghisap dadah jenis syabu dengan menghidu asap syabu yang dibakar di atas kertas timah. Siasatan akan diteruskan bagi mengesan punca bekalan dadah dan penglibatan rakan suspek lain,” jelasnya.
Kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan usaha memerangi dadah daripada berleluasa di daerah ini akan dipergiat.
Dalam kes berasingan katanya seorang peniaga di kawasan Tedungan di sini mengalami kerugian RM9,000 selepas premis perniagaannya dipecah masuk dalam kejadian yang disedari berlaku pada Isnin lepas.
Mangsa, 27, difahamkan sedang bercuti Tahun Baharu Cina (TBC) sejak awal Februari sebelum bergegas pulang ke Limbang pada Rabu lepas dan membuat laporan polis hari sama sekitar jam 5.23 petang.
Mohd Bukhori berkata antara barangan dilaporkan hilang termasuk rokok elektronik, kipas angin dan aksesori lain.
“Hasil siasatan awal juga mendapati pencuri memasuk kedai mangsa melalui atap zink di bahagian bumbung kedainya,” katanya dan kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.



BACA ARTIKEL PENUH DI SINI 

DAN SINI

Rakaman CCTV Lengkap DI SINI


   

baca selanjutnya dan lihat 6 gambar DISINI...




Artikel Menarik:






0 Komentar untuk "Pendedahan Berani Seorang Gadis.."Saya Hisap Sejak Berumur 13 Tahun..""

Back To Top